January 08, 2016

☆ Cendol Bakar, Kuala Selangor ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Cendol memang sedap kalau minum masa cuaca panas.
Dulu masa sekolah rendah, dekat Sitiawan memang papa kita rajin beli cendol.
Depan kuil India..
Kalau tak pun, singgah dekat Fajar Sitiawan (sekarang The Store). Ada 'Aci' jual,
Memang heaven la.
Tapi...tu dulu la.
Haha..
Zaman jahiliyah...

Sekarang memang tak la beli dekat situ.

Dah lama tak makan cendol sedap.
Masa balik Sitiawan lepas, kitaorang lalu Kuala Selangor dari Rawang.
Singgah Cendol Bakar Drive Through dekat sana.

(Keadaan semasa beratur - drive through. Kaunter pesanan dekat sebelah kanan tu)

Ada macam-macam menu la untuk cendol. Paling mahal pun Cendol Pulut Durian dengan Cendol Pulut Tapai. Tu pun RM 4.50 je. Original yang biasa tu dalam RM 3.00 rasanya.


Kitaorang order Cendol Pulut Durian - 2 dengan lempeng pisang bakar.
Sedap betul!!!

Siap on the way balik dari Sitiawan ke Rawang singgah lagi. 'Orang tersayang' order sama, kita order Cendol Durian.
Serious sedap juga.

Senang la ada drive through ni.
Sekejap pula tu, memang berbaloi.
Lempeng pisang bakar pun sedap.
Tapi dah breakfast banyak, tu yang beli satu je...

Lepas ni, dah tahu. Boleh singgah, dan cuba semua jenis cendol.
Kudapan lain pun ada juga. Ais krim goreng pun ada.
Macam-macam la.

Rasanya Cendol Bakar ni ada dekat Melaka juga. Tak semua tempat. So, yang mana lain dari yang diaorang list tu memang bukan Cendol Bakar yang sama.
Jangan tertipu yek.

'Orang tersayang' siap cakap lagi.
Kalau teringin boleh je nak pergi situ.
Dekat je dari Rawang.
Eleh, sebab sedap. Memang la.


(Cendol Pulut Durian & Lempeng Pisang Bakar)

Jemput tengok yek~~~

☆☆☆☆


0 Comments: