January 08, 2016

☆Green Tea. Matcha. ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Seriously, kita nak buat confession.
Kita ni ddicted dengan GREEN TEA!!

Buat masa ni, tak pernah la rasa green tea tu tak sedap.
Mesti sedap. Kalau tak berapa sedap pun...
Sedap juga la untuk anak tekak ni.
Kah!

Sampaikan kalau nampak air green tea, yang lain dalam menu dah tak payah tengok.
Mesti green tea juga yang kita ambil
Nasib dekat KopieSatu tak ada green tea dalam menu.
Tapi...ada sekali dua je la kita pilih minuman lain dari green tea sebab dah teringin sangat.
Kalau dekat Gongcha, kita selalu pilih Signature Winter Melon Tea. Sedap betul!
Ada je Signature Green Tea tapi tekak time tu dah fikir Melon Tea je.
Sampaikan 'orang tersayang' pesan jangan nanti teringin pula nak green tea Gongcha.
Sebab Gongcha susah skit nak cari kiosk dia.
Haaa..gitu.
Tapi, macam teringin pula nak rasa Gongcha punya green tea tu.
Macam mana ni?
Haha..
Habis kena ceramah dengan 'orang tersayang' lepas dia baca post ni.

Nasib time pregnant pun sedap je telan air green tea ni.
Budak Medina masa dalam perut elok je.
Semua selera ikut Ummi dia.
Hanya add-on burger tepi jalan Ramly lepas tu apa jenis burger je la.
Memang nikmat betul makan masa tu.
Haa....pizza pun sama.
Domino's Pizza tu ntah berapa kali makan sebab masa tu rumah dekat Shah Alam.
Lepas tu senang je singgah masa nak balik dari ofis.
Apa lagi..
Time tu commitment tengah okay lagi.
Duit banyak habis berfoya-foya dengan makanan pun tak risau.
Sekarang ni, kena lupakan je la.
Boleh, tapi kalau ada lebihan.
Tak sedih pun.
Sebab nanti untuk kebaikan akan datang juga.

Haaa....
Jauh benar larinya..
Tajuk GREEN TEA.
Apa hal pula cerita benda lain kan?

Okay la.
Conclusion dia, green tea memang sedap la.
Walaupun ada orang tak boleh telan.
Seriau ke nak minum.
Kah!



(Big Cup Green Tea dekat Seksyen 19, Shah Alam. Depan Nasi Kandar Shaaz.)


(Matcha Tea Latte - Chatime)

Dekat Chatime memang yang tu je la menu kita.
Sampaikan colleague kalau open order Chatime dah tahu menu apa kita pilih.
Tapi selalu tak ada topping. Yang atas ni tambah topping pearl sebab redeem point Chatime.
Tambah 20 sen je.
Jimat duit hari tu.

Alhamdulillah~~~

☆☆☆☆

0 Comments: