January 08, 2016

☆ Haji Abbas & Hajah Zainon's Family Gathering☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Haaa....
Post ni ada kesinambungan dengan cuti-cuti kitaorang dekat Melaka.
Part 1
&
Part 2

Tu yang pulun cari souvenir pakai dress dengan heels.
Hebat betul. Orang lain tengok pelik pun kita buat bodoh je.
Ye la, orang lain pakai T-shirt dengan jeans. Tak pun kalau pakai cantik, kasut tu flat sudah la kan.
Ni heels, tak boleh tahan.
Dress tu labuh sangat, tak sempat nak alter.
Jawapannya memang heels je la.

Tak beringat badan tu dah susah kaki nak tampung lagi sekarang. ada hati nak pakai heels.
'Orang tersayang' pun pernah tegur.
Jalan-jalan dekat mall pakai heels dah kenapa?
Memang kena dengar je la dia berceramah.
Solution: beli sandal flat.
Haha..

Kitaorang sampai memang ngam-ngam la timing ikut schedule gathering.
Nasib dekat je Mandarin Court tu.
Budak Medina pun macam tahu je dah sampai.
Celik terus mata dia.

Tapi, penat budak Medina tu tak habis lagi.
Memang dia meragam je la. Orang ramai pula tu. Tak keruan dia tengok. Sekejap orang lain dukung, sekejap orang lain. Dia baru nak kenal muka orang yang dukung dia, dah orang lain dukung kan.
Memang mengamuk la dia.

Hai...
Kitaorang sempat sampai petang je la. Sebab sepatutnya sampai malam.
Hadiah kitaorang pun orang lain on behalf ambilkan.
Sempat ambil hadiah Medina je la.

Family gathering ni sebenarmya untuk celebrate birthday semua keluarga dari bulan Julai sampai Disember.
'Orang tersayang' bulan September.
Kita bulan Oktober.
Budak Medina bulan Julai.

Macam-macam aktiviti ada. Games tapi sempat tengok dua games je la.
Terus balik.
Makan pun apa yang sempat. Haha..
Budak Medina ni...
Bergambar ramai-ramai pun sempat sekejap je. Masa nyanyi birthday song dah surrender.
Medina dah menangis sungguh.
Sabar je la hai Medina~~~

Kitaorang balik rumah, mandikan budak Medina tu.
Dia main sekejap, terus lena.
Puas la tu, dah jumpa katil empuk dia.

Lepas ni, tak tahu mana lagi diaorang pilih tempat nak celebrate birthday.
Yang penting budak Medina dah cerdik skit. Tapi tak tahu la.
Lagi cerdik, lain pula kan...
Haha...





 ( Mood tak seberapa tapi pantang tengok corak cantik. Budak Medina ni)

 (Budak Medina dah menangis tak ingat time ni)

 (Sesi memujuk budak Medina)

Alhamdulillah~~~
☆☆☆☆

0 Comments: