January 11, 2016

☆ Tragedi Januari 2015 ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Alhamdulillah~~ dapat lagi bernafas dengan sempurna hari ni.

Esok lusa, tak tahu lagi.
Ajal maut, kita tak tahu.
Sihat atau tak, kita pun tak tahu.
Tapi... bersyukur masih sihat di Bumi Allah ni.

Cerita ni dah berhabuk lama pun.

Tak sempat nak update...
Er...
Sebenarnya malas...Kah!
Tapi, dah alang-alang ada mood untuk post blog....

Nak dikategorikan dalam tragedi buruk..

Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan tragedi yang orang lain hadapi.
Tapi...kita rasa ni bahagian dugaan yang kita kena hadapi.
Alhamdulillah, walaupun seorang je yang tanggung sakit..
Tapi masih ada sokongan kuat dari 'orang tersayang', keluarga dengan kawan-kawan.

Nak dijadikan cerita...

================================

Januari 2015: Hari Pertama
(Klinik Kesihatan Swasta)

Macam biasa kita pergi kerja.

Awal-awal tu tak ada rasa apa-apa pun. Tapi masa time office hour dah nak habis, kita mengadu rasa sakit-sakit sendi dekat colleague. Dan tiba-tiba juga rasa tak sedap badan.
Expect macam nak demam la, sebab selalunya kalau rasa macam tu...memang nak demam pun.
So, gagahkanlah diri bawa kereta balik rumah. Sambil sebelum gerak balik message 'orang tersayang' rasa macam tak sihat. Tak dapat nak masak, nak rehat terus bila sampai dekat rumah.
Masa tu 'orang tersayang' masih kerja dekat KL. So, kena tunggu dia sampai rumah baru pergi klinik nak ambil ubat dengan MC. Tapi, sebenarnya kena paksa rela pergi klinik.
 Kah!
Selalunya, kita kalau nak demam...makan panadol, tidur.. In shaa Allah diizinkan Allah, sihat la lepas tu. Tapi kali ni, kena ikutkan juga la. Sebab dah semacam rasa sakit sendi.
Time tu baru dalam awal pregnancy. 
Maybe sebab tu, 'orang tersayang' risau semacam. Walaupun masa pregnant memang selalu tak berapa nak sihat.
Pergilah ke klinik swasta. Macam biasa, dapatlah ubat. Lepas tu, doktor nasihat kalau tak sihat juga kena datang lagi.
Balik la macam biasa. Kita masa tu memang rasa lain. Sakit sendi semacam sakitnya.
Sakit kepala tu, tak terkira rasanya. Macam rasa kena tusuk benda tumpul dengan kuatnya dekat bahagian mata/kepala. Selera pun tak seberapa.

Januari 2015: Hari Ketiga
(Klinik Kesihatan Swasta: Panel)

Nak dipendekkan cerita. Selang sehari lepas tu, kita masih tak sihat juga. 'Orang tersayang' suruh pergi klinik panel pula. Doktor suggest check darah, siap sediakan surat khas untuk refer dekat hospital terdekat. 


Januari 2015: Hari Ketiga
(Hospital Swasta 1)

Dah la waktu tu dah malam...gagahkanlah juga pergi dekat satu hospital swasta...tanya la situasi macam mana. Doktor yang kita jumpa tu suggest pergi dekat hospital lain. Sebab kalau kita admit sebagai patient yang tengah pregnant dekat situ, tak cover dalam insurans. 'Orang tersayang' pun tanyalah orang yang dia kenal. Suggest mana hospital swasta yang cover oleh company.

Januari 2015: Hari Ketiga
(Hospital Swasta 2)

Pergi la kitaorang dekat hospital swasta lagi satu. Memang gagahkan diri la. Mengantuk pun satu. Nasib waktu tu weekend. 'Orang tersayang' la kena tahan mengantuk. Kita memang dah tak larat. 'Orang tersayang' suruh tidur sekejap...tapi kepala dah sakit. Memang tak lena la. Lelap mata je untuk cukup syarat legakan penat badan.


Macam-macam juga la procedure dekat hospital swasta. Sebab masalahnya nak guna medical insurance. Kalau tak, maybe sekejap je kot. 

Tungu punya tunggu, nombor queue dah dipanggil. Kena la ambil darah. Cerita dekat doktor. Result on the spot..tapi tak la time tu juga dapat tahu. Kena la juga tunggu dalam sejam lebih. Ke...lebih dari sejam. Kita pun dah tak ingat. Haha.
Dalam masa menunggu, berdoa sangat-sangat bukan denggi. Sebab time tu tengah musim denggi. 'Orang tersayang' punyalah legakan hati. Pujuk suruh jangan fikir bukan-bukan. Kita tahu, dia pun risau. Tapi takkanlah dia nak tunjuk pula kan. 
Result dah dapat, doktor cakap platelet normal. Bukan denggi. Time tu, memang bersyukur betul. Balik la rumah.

Januari 2015: Hari Ke-Empat
(Rumah Sewa Shah Alam)

Esoknya ingatkan dah sihat, tapi macam tu juga. Selera pun dah semakin kurang. Air teh kundur untuk sejukkan badan tu pun rasa tak sedap dekat anak tekak ni. Sedangkan kalau sihat, setin tu tak cukup. Sebab sedap. 'Orang tersayang' rebuslah barli buatkan untuk minum. Sampai sekali tu habis hangus barli dalam periuk, masa kembar 'orang tersayang' datang melawat dengan wife dia. Kahkah!
Nasib ada bubur wife kembar 'orang tersayang' bawakan masa tu. 'Orang tersayang' pun makan sekali. Dia pun lapar...jaga kita sampai diri pun tak terjaga. Hari tu, sepatutnya kitaorang join birthday celebration mak mertua kita. Tapi, kitaorang tak dapat join. Sebab kita pun tengah tak sihat. Tapi, disebabkan pergi check darah tengok okay je result. 'Orang tersayang' suggest kita ikut dia keluarkan peluh. Mana tahu, menjadi. Gigihlah kitaorang naik turun tangga rumah sewa dulu dekat Shah Alam. Terserempak la kitaorang dengan kembar 'orang tersayang' dengan wife dia. Maklumlah, duduk area sama. Diaorang nak gerak pergi Setia Alam untuk birthday celebration tu.
Malam tu, makan bubur lagi...banyak dapat makan. Selera la sedikit...tapi tak lama, keluar semua balik.
'Orang tersayang' dah risau, dia ajak balik Rawang. Sana family dia ada berkumpul lepas birthday celebration. So kalau jadi apa-apa, ada juga la orang nak refer. On the way, kita paksa diri makan roti. Tu pun tak sedap. Sikit je makan. 

Januari 2015: Hari Ke-Empat
(Rawang)

Bila dah sampai Rawang. Tengok je la orang lain makan sedap. Kita tak ada selera. Surrender diri dekat bilik, tidur. Memang tak selesa...pagi-pagi buta kejut 'orang tersayang' cakap badan rasa gatal-gatal. Ada nyamuk katanya... 'orang tersayang' pulun la cari Ridsect sembur. Semua tak kena la dekat kita time tu. 

Januari 2015: Hari Ke-Lima
(Rawang)

Masuk subuh...kita bangun mandi. Sejuk-sejuk pula tu, sebab mama kita pesan mandi pagi-pagi reda sikit panas badannya. Memang betul la, bertenaga betul badan time tu. Siap bagitau 'orang tersayang' kita dah sihat sedikit. Tapi...tak sampai sejam dah sakit-sakit sendi balik. Menggeletar badan, muka pun entah jadi apa time tu. Tak terurus langsung.
Mak mertua tengok pun dah risau. 'Orang tersayang' suggest pergi balik hospital swasta tu sebab dah ada record. Memang dah tak boleh nak angkat badan, rasa nak rehat dekat dalam bilik je. Dengan sakit kepalanya. Tapi, 'orang tersayang' paksa pergi juga. Dia suruh ingatkan budak dalam perut. Kalau kita seorang, lain la.. Masalahnya, ada lagi satu nyawa dalam badan kita time tu.

Januari 2015: Hari Ke-Lima
(Hospital Swasta 2)

Macam haritu juga, check darah. Tapi kali ni, doktor suggest check urine sekali. Memang berdebarlah diri ni tunggu result. Tapi, masa tu memang dah rasa semacam je. Dah sedia mental, terima je result nanti.
Doktor tu cakap ada berita baik dengan buruk.
Haaaa...time tu. Allah je la tahu rasanya.
Berita baiknya, platelet menurun tapi dalam range tak merbahaya.
Tapi..yang buruknya. Kita memang kena denggi dan badan kita dehydrate betul. Tu pun dapat tahu dari urine test. Masa tu fikir tentang nyawa dalam perut ni je. Tanya doktor tu ade effect tak, dia cakap dalam usia macam tu tak sepatutnya ada effect.
Lega tapi takut. Doktor tu pun suggest pergi dekat hospital kerajaan. Sebab lagi senang, dan kalau kena tahan takut cost tinggi dekat situ.
Time tu memang dah decide nak pergi Hospital Besar Sungai Buloh sebab dekat dengan Rawang.
Masa call papa mama kita, dah sebak la. Mana taknya, tak pernah-pernah kena. Kena pula time pregnant. Diaorang pun memang terus gerak dari Perak ke KL. 

Januari 2015: Hari Ke-Lima
(Hospital Besar Sungai Buloh, Selangor)

Dekat Hospital Sungai Buloh tu, memang ada procedure la. Memang kena menunggu, tapi diaorang terus refer kita dekat bahagian O&G. Sebab kita pregnant, takkanlah diaorang nak tanggung kalau jadi apa-apa. Menunggu, sebab ada kes lagi teruk dari kita.
Tapi, once dah sampai turn kita. Memang cepat la staff bertindak. Masa tu wad tak ada kosong, ada bed untuk diaorang bagi drip. Memang sakit kena masukkan jarum dalam tangan. Depan-depan 'orang tersayang'. Dia pun seram tengok.
Dekat situ, orang tak boleh datang melawat. Suami pun sekejap je. Masa tu kakak kita dapat tahu terus datang bawa satu family. 
Punyalah sedih time tu.
Kakak kita dah sampai tapi tak boleh nak tengok. Tu pun 'orang tersayang' bagitau kakak kita, minta belas ehsan nak jumpa kita. Masa kakak kita dapat masuk jumpa tu, ada mak guard bawa. Mak guard tu kawtim dengan staff. Memang menangis la kita time tu. Sebak betul. Tapi, memang tak boleh salahkan sesiapa. Procedure tu bukan saja-saja diaorang create, ada sebab sebenarnya. Kita orang awam, manalah tahu hal yang pernah jadi dekat sana. So, tak payah la nak persoalkan apa-apa. Kita pun bukan menyebelahi siapa-siapa pun. Ni semua atas pengalaman kita sendiri.

Tak lama pun, petang tu masa maghrib kita dah dapat masuk wad. Selesa, satu bilik ada dua katil je. Bilik air besar. So, masa tu memang tak ada masalah orang nak datang melawat ikut waktu melawat.

Januari 2015: Hari Ke-Lima hingga Hari Ke- Sembilan
(Hospital Besar Sungai Buloh,Selangor)

Dekat seminggu juga la kita kena admit. Macam-macam cara kita cuba. Family pun suggest macam-macam nak naikkan platelet balik. Demam dah kebah esoknya. Masalahnya nak naikkan platelet. Doktor pun dah remind tentang tu. Masa tu memang macam derma darah. Setiap masa kena ambil darah. Check suhu, blood pressure. Masa tengah tidur pun kena kejut tapi untuk kebaikkan diri juga. Lengan dengan tangan dah bertambah kesan lebam kesan ambil darah. Doktor pun dah tentukan setiap berapa jam nak kena ambil darah. Makin elok, makin kurang diaorang ambil darah.
Air yang diambil dengan jumlah urine pun kena sentiasa catat. Bukan apa, doktor nak tengok perkembangan kita dengan kuantiti air yang kita ambil.
Ada sampai satu waktu tu, memang dah tak tahan. Berjujuran juga la air mata depan 'orang tersayang'. Tapi 'orang tersayang' lagi penat. Terkejar-kejar dia. Siap ada ambil cuti lagi. 

Sup ketam. Air pucuk betik yang pahit. Air masak. Shaklee's Performance Drink (Thanks kak Ju). Semua kita ambil. Alhamdulillah lepas 5 hari kena warded, platelet dah naik.

Januari 2015: Hari Terakhir
(Hospital Besar Sungai Buloh,Selangor)

Kita pun dah boleh keluar hospital. Sekejap je dah kena release. Sebab ramai orang lagi. Macam-macam kes. Yang dah okay, boleh la diaorang discharge.
Lagipun kita dah tak sabar nak balik. Lama betul dekat hospital. Lagipun rindu dekat 'orang tersayang'. Selalu jumpa sekejap-sekejap je.
================================

Tapi...memang pengalaman lain dari lain la.
Sedih, gembira, berdebar, risau. Semua ada.
Lagi-lagi masa ada satu tahap doktor pesan kita kena berusaha naikkan platelet sebab nanti ada risiko keguguran...
Tak ke haru time tu. Tu yang laju je air mata berjujuran tu.
Allah Maha Besar.
Buat 2D scan..alhamdulillah nyawa dalam perut tu elok je. Sifat pun dah nak sempurna time tu. Dia pun telan sekali apa yang Ummi dia kena makan dengan minum time tu.
Alhamdulillah, budak Medina ni lagi 5 hari nak masuk 6 bulan. Sihat, alhamdulillah..

Tu la...

Dugaan ni bila-bila masa je boleh kena. Kadang-kadang kita tak jangka pun. Kuat atau tak je kita nak hadapi.
Masa tu la baru nampak siapa yang penting dalam hidup.
Masa tu juga la baru tahu nikmatnya dapat makan dengan ada deria rasa untuk makan makanan sedap-sedap.
Masa tu juga la baru sedar nikmat sihat dari segi fizikal dan mental.

================================
(EXTRA)
Pengalaman Berada di Hospital Besar Sungai Buloh, Selangor

Tentang layanan hospital kerajaan. Kita tak ada la nak berpihak atau ada talian apa-apa dengan orang bekerja dekat hospital kerajaan. Tapi, ikut pengalaman kita. Layanan tu ikut kita sendiri. Kalau kita mengada-ngada lepas tu dah buat mindset yang buruk-buruk. Buruk-buruk la jadinya. 

Kalau kita fikir positif, in shaa Allah..positif la result dia.
Alhamdulillah...kita dah berurusan dengan Hospital Sungai Buloh ni 3 kali. Sekali untuk kes denggi ni, second masa bersalin dan yang last masa budak Medina kena warded kes jaundis. Bahagian kita...Alhamdulillah.
Memanglah tak sempurna semuanya. Tapi rasanya bagi kita tak ada masalah pun. Kalau condition kita betul-betul teruk, kita akan diutamakan. Tapi kalau kita masih boleh tahan, apa salahnya menunggu. Bayar pun tak banyak. Bersyukur ada juga alternative untuk ringankan bebanan kewangan. Ada kemudahan, kenapalah kita tak gunakan.
==============================



 (Masa ni 'orang tersayang' datang melawat dengan family)


 (Masukkan air)


(Tiub kanan tu ambil darah)


(Ni masa 'orang tersayang' belanja makan dekat Mohd Chan dengan family kita. Lepas discharge kes denggi)

Best betul ada selera nak makan time tu. Kesian budak Medina, Ummi dia sakit. Time dah sihat tu la appreciate betul semua makanan yang kita makan. Ummi topup makan untuk budak Medina sampai nak dekat 20 kilogram berat Ummi bertambah.

Kah!

Alhamdulillah~~

☆☆☆☆

0 Comments: